Saturday 31 March 2012

Terapi Jiwa

Disebalik air mata......pasti akan datang senyuman
>>Disebalik luka......pasti akan datang penyembuh
>>Disebalik kesulitan.......pasti akan datang kemudahan
>>Disebalik kesabaran.......pasti akan datang kebahgiaan...

Friday 23 March 2012

Terapi Jiwa

malu itu membentuk iman
hilang malu- bagai tak siuman
telebih malu- merugikan
malu bertempat- mencipta pedoman
memalukan- satu hukuman
dimalukan- satu ujian
tersipu malu- satu kesopanan
kemaluan- rahsia insan

Wednesday 21 March 2012

Terapi Jiwa

Jangan BERSEDIH, berdoalah di sepertiga akhir malam, sewaktu sujud, di waktu bermusafir, selepas tashahhud akhir, selepas solat fardhu, sewaktu mula hujan, ketika DIZALIMI. Ketahuilah doa itu amat kuat kesannya. Yakini janji Allah yang mengabulkan doa mereka yg amat memerlukannya

Monday 5 March 2012

renung2kan

Maafkan semua orang dan halalkan semua dan lupakan semua kebaikan kita pada orang dan ingat semua kebaikan orang pada kita, lupakan kejahatan orang pada kita dan ingat kesalahan kitapada orang. Ini formula utk hidup tenang dan sihat insyaAllah

Thursday 1 March 2012

Terapi Jiwa

Yg membuat kita Kuat adalah Do'a.
Yg membuat kita Dewasa adalah Masalah.
Yg membuat kita Maju adalah Usaha Keras.
Yg membuat kita Hancur adalah Putus Asa.
Yg membuat kita Semangat adalah Harapan dan Impian.
Yg membuat kita menjadi yg Terbaik adalah mengakrabkan diri dgn keheningan jiwa dan memperbanyak Sujud.

sekilas

Cuba fikir berapa banyak kita bersyukur bila kita bangun pagi tadi. Jika kita tidak rasa gembira kemungkinan kurang syukur dan banyak dosa. Jom banyakkan taubat , banyakkan bersyukur dan lihat kebaikan dalam setiap orang kita jumpa

Setulus

Lagi cepat kita sakit hati dan marah terutama org yg kita buat baik, suatu indikator kurang keikhlasan dan redha Allah yg kita cari. Bila Allah saja yg kita tuju dan cari, apa makhluk lain buat jadi kecil. Utk tahu kebersihan jiwa lihat berapa kali kita marah dan sakit hati. Jika banyak dan selalu mengenang kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita alangkah jauh nya kita dari Allah dan ketenangan jiwa.

Terapi Jiwa

Jangan terlalu resah & gundah dengan turun naiknya prestasi kehidupanmu, kerana kehidupan ini adalah ibarat lakaran dengupan jantung yang turun naik. Ia perkara tabi'i yang normal bertepatan dengan firman Allah yang mengarahkan kita terus berusaha, bermuhasabah & tawakkal.