Saturday 21 April 2012

Akhlak yang baik ialah sedekah kepada ibu bapa ......
yang buruk? seperti menzalimi ibu bapa.....
kasihanilah org tua yang mendidik dan membesarkan...
jika berkat,
- sedikit seakan banyak
- sempit seakan luas
- kesedihan tidak panjang
- kebuntuan mudah temui jalan keluar
- kebaikan dekat di hati
- ketenangan dapat dirasai

Monday 9 April 2012

Terapi Jiwa

Jangan terlalu banyak mengeluh, kelak nanti akan didatangi kemurungan & kesedihan, sebaliknya BANYAKKAN BERSYUKUR dan PUJIAN kepada Allah terhadap apa yang diperolehi & yang diharungi, kelak nanti akan datang kecukupan dan kebahagian. Alhamdulillah..

Saturday 31 March 2012

Terapi Jiwa

Disebalik air mata......pasti akan datang senyuman
>>Disebalik luka......pasti akan datang penyembuh
>>Disebalik kesulitan.......pasti akan datang kemudahan
>>Disebalik kesabaran.......pasti akan datang kebahgiaan...

Friday 23 March 2012

Terapi Jiwa

malu itu membentuk iman
hilang malu- bagai tak siuman
telebih malu- merugikan
malu bertempat- mencipta pedoman
memalukan- satu hukuman
dimalukan- satu ujian
tersipu malu- satu kesopanan
kemaluan- rahsia insan

Wednesday 21 March 2012

Terapi Jiwa

Jangan BERSEDIH, berdoalah di sepertiga akhir malam, sewaktu sujud, di waktu bermusafir, selepas tashahhud akhir, selepas solat fardhu, sewaktu mula hujan, ketika DIZALIMI. Ketahuilah doa itu amat kuat kesannya. Yakini janji Allah yang mengabulkan doa mereka yg amat memerlukannya

Monday 5 March 2012

renung2kan

Maafkan semua orang dan halalkan semua dan lupakan semua kebaikan kita pada orang dan ingat semua kebaikan orang pada kita, lupakan kejahatan orang pada kita dan ingat kesalahan kitapada orang. Ini formula utk hidup tenang dan sihat insyaAllah