Tuesday 20 December 2011

Setulus

bila orang miskin anak ramai, ada yang berkata:
- 'itu' jelah hiburan diorg...dah takda kerja lain...
padahal, salah satu cara Allah nak beri rahmat kepada satu-satu wanita ialah melalui anak yg ramai. Setiap anak bawa rezeki berbeza. Dgn adanya anak yg ramai, Allah gembirakan mrk sebalik diuji dgn kemiskinan. Org yg kaya raya, bargkali ada yg sepi tiada anak.....

Setulus

•.♥• Andai dalam hatimu ada TAMAN...
•.♥• Semailah ia dengan benih-benih IMAN...
•.♥• Bajai ia dengan amal maaruf yang BERKEKALAN...
•.♥• Siramilah ia dengan istiqomah yang BERTERUSAN...
•.♥• Supaya bercambah mekar bunga-bunga KETAQWAAN...
•.♥• Lindungi ia dari parasit nafsu yang MENYESATKAN...
•.♥• Lalu disuburkan lagi dengan tawakal dan KESABARAN...
•.♥• Sehingga tegap merimbun berbekal haruman KEREDHAAN...
•.♥• Melalui cahaya cinta Ilahi & rahmat kasih sayang AR-RAHMAN...
•.♥• Agar ia terus hidup, tidak kan tandus sepanjang KEHIDUPAN... INSYAALLAH~

Sekilas

Ubatlah hati yg sedih dgn iman, tapi cabang iman yg mana satu kerana iman punyai 79 cabangnya? Ya. Cabang iman dari sifat redha, sabar dan syukur, olahan 3 ini, ubat mujarab bagi kesedihan kerana redha menjadikan kita terima hakikat, sabar jadikan kita mampu bertahan dan syukur jadikan kita meyedari bahawa masih terlalu banyak nikmat di sekeliling kita..

Sekilas

carilah sahabat yg baik... walau tiada ikatan seperti saudara sedarah sedaging, sahabat yg baik akan berkasih kerana Allah serta saling mendoakan... Jika kamu mati, reaksi sahabat yg kamu kenal adalah berbeza:-
--> Al fatihah, moga syurga untuknya
--> oh, dah mati ke.. bila matinya? kasihan ye
--> Patut dah lama dia mati
***segarkan kasih sahabat yang mulia***

Monday 19 December 2011

Sekilas

~Hidup bukan tentang mendapatkan apa yg kamu inginkan, tapi tentang menghargai apa yg kamu miliki, dan sabar menanti yg akan menghampiri....

Sekilas

» Bicara itu bisa menggores luka, ❝..Bila menyindir penuh makna..❞
» Bicara itu bisa menjadi racun, ❝..Andai disalur menjadi fitnah..❞
» Bicara itu bisa menikam tajam, ❝..Kala dihunus bersulam dendam..❞
» Bicara itu bisa menjadi penawar, ❝..Andai nasihat galang gantinya..❞
» Bicara itu bisa menjadi azimat, ❝..Bermotivasi pencetus semangat..❞
... » Dan BICARA itu juga bisa MENJADI SEBAHAGIAN daripada DOA,

❝..Maka BERHATI-HATILAH tatkala MENUTURKANNYA !! ❞

Sekilas

Ubatlah hati yg sedih dgn iman, tapi cabang iman yg mana satu kerana iman punyai 79 cabangnya? Ya. Cabang iman dari sifat redha, sabar dan syukur, olahan 3 ini, ubat mujarab bagi kesedihan kerana redha menjadikan kita terima hakikat, sabar jadikan kita mampu bertahan dan syukur jadikan kita meyedari bahawa masih terlalu banyak nikmat di sekeliling kita.

Sunday 18 December 2011

Sekilas

Pakaian hati Keikhlasan,
Pakaian lidah Kebenaran,
Pakaian fikir Kebijaksanaan,
Pakaian rasa Keinsafan,
Pakaian hamba Pengabdian,
Pakaian batin Kesucian
Pakaian hidup Ketaqwaan.
~karya Darma Mohammad~

Thursday 15 December 2011

Sekilas

semasa bercinta => Tak Bertudung
semasa akad nikah => Bertudung
semasa bersanding => Tak Bertudung
semasa solat => Bertudung
semasa bercerai => Bertudung
spec mata hitam *wajib la pakai , malu la katekan*
selepas bercerai => Tak Bertudung
semasa masuk kubur => Bertudung
p/s: tudung ni main pakai ikut suka ke atau ikhlas kerana ALLAH . Bila ditanya kenapa tak pakai, ramai perempuan yang jawab hidayah tak sampai lagi. Hidayah memang takkan sampai, hidayah itu perlu dicari . WALLAHUALAM.
renung2kan dan selamat beramal :)

Sekilas

:: ALLAH boleh diakses di mana-mana kawasan. Liputan terbaik seluruh dunia. Free of charge. Allah tak ada Twitter, tapi kita kena 'Follow'. No pin Blackberry 24344. Tiada Facebook tetapi sila baca status di page Al Quran. Makin kerap dihubungi, makin tinggi kredit percuma dan mata ganjaran :) Subhanallah::

Wednesday 14 December 2011

Sekilas

Janganlah memberatkan dirimu dan bersedih kerana mengenangkan apa yang akan mendatang hari esok, kerana kemungkinan esok itu tiada bagimu, tatkala itu rugilah akibat terhalangnya kegembiraan & keceriaan untuk hari ini..

Tuesday 13 December 2011

Sekilas

cantik solekan tapi sayang jika tak dapat dibasahi wudhuk
tegap tubuh badan tapi sayang jika tak pernah tunduk bersujud
manis ulas bibir tapi sayang jika tak selalu melafaz zikir
mewah kereta tapi sayang jika tak pernah bersinggah di masjid

Sekilas

Perkara paling hampir ialah kematian..
Perkara paling jauh ialah semalam..
Perkara paling mudah ialah ibadah...
Perkara paling berat ialah janji dan amanah..
Perkara paling tajam ialah lidah..
Perkara paling sukar ialah mengawal hawa nafsu..

Sekilas

BUKA "hati" dpt "cinta"! ♥♥
BUKA "buku" dpt "ilmu" ! ^_^^_^
BUKA "tangan " dpt "duit"! >_<
BUKA "facebook" dpt "kawan"! :):)
BUKA "Al-Quran" dpt "ketenangan"!! ♥

Sekilas

Menangis untuk org yg kita betul-betul sayang , tak merugikan ape-ape , sebab dari itu kita akan belajar cara-cara untuk membahagiakan org yg akan sayang kita suatu hari nanti ....

Monday 12 December 2011

Sekilas

Jika ingin lihat amanahnya seseorang, lihat cara dia berurusan wang dan duit denganmu.
Jika ingin lihat kawalan nafsunya, lihat cara dia berbicara & berurusan dengan org berlainan jantina yg 'cantik' & 'handsome' @ disukainya.

Sekilas

Apa yang ada di tangan kita belum tentu milik kita, kadang kala ia dipindahkan oleh Allah dgn cara yg kita tidak rasai, jadikanlah perpindahan itu mendatangkan pahala dgn cara sedekah, wakaf dan hadiah berbanding dgn cara hilang, tercicir atau terlupa, kedua-duanya berpindah tetapi nilainya berbeza..

Sekilas

Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah;
Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya
Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya.

Santapan jiwa

✿~ B'jalanlah dgn penuh HARAPAN walau hidup ini tak selalu BAHAGIA...
✿~ SEDEKAHKANLAH SENYUMAN walau dihati tak lagi mampu b'tahan...
✿~ BELAJARLAH memaafkan walau diri sering t'luka...
✿~ BERHENTILAH memberi ALASAN walau ingin menyatakan KEBENARAN...
✿~ HIDUPLAH dlm IMAN walau hari penuh dgn DUGAAN...
✿~ BERPEGANGLAH kpd ALLAH walau DIA tidak kelihatan…

Saturday 10 December 2011

Sekilas

JAGA-JAGA
jaga makan tapi tak jaga halal haram,
jaga penampilan tapi tak jaga aurat,
jaga suara tapi tak jaga kata-kata,
jaga masyarakat tapi tak jaga keluarga...

Wednesday 7 December 2011

Setulus

Ramai manusia menggunakan sejarah lampau yang pahit sebagai alasan mengapa hidup mereka tidak seperti yang mereka inginkan. Jom hentikan segala alasan dan lihat dalam diri dan ambil tanggung jawab atas segala pilhan yang kita telah buat yang memberi hasil kehidupan hari ini dan ambil keputusam ambil keputusan baru untuk kehidupan baru

Setulus

Allah akan mengangkat darjat orNg berilmu yang menggunakan kearah kebaikan.

renung2kan

masuk mesej sahaja, kita cepat2 baca dan balas....tapi kNapa masuk waktu s0lat kita tidak cepat2 buat.....

t0p up rm5 kita sanggup....tapi keNapa sedekah kat masjid 20seN laNgsung kita tidak bagi...

masa mandi kita boLeh meNyaNyi macam2 LagU....tapi keNapa masa makaN bismiLah puN kiTa Lupa...

waktu kredit tiada kita susah paYah tebUs..tapi keNapa kiTa tidak tEbus d0sa yanG kita lakukaN....

RENUNG2KANLAH......buat diri sendiri....

Setulus

Belajar memaafkan diri utk kita dapat memperbaikinya, belajar memaafkan org lain utk kita memberi tunjuk ajar pdnya, belajar memarahi diri utk kita tahu ketelanjuran kita dan belajar memarahi org lain utk dia tahu batasan dirinya, kesederhanaan di dalam memaafkan dan marah di tempat yg betul pd waktu yg betul dan pd perkara yg betul bermakna kita telah punyai kematangan hidup sebagai seorg yg punyai peribadi tinggi

Setulus

Manusia paling bahagia dan tenang ialah mereka yang bebas dari penghargaan dan cemuhan manusia. Manakala manusia yang paling cetek akalnya ialah mereka yang sentiasa mengintai2kesalahan orang lain hingga tidak terlihat kesilapan sendiri

Tuesday 6 December 2011

Santapan jiwa

hati kosong - tempat syaitan bersarang
jiwa kacau- tempat syaitan berpesta
keras hati - akibat banyak syaitan di dalamnya
gelap hati - hasil didikan syaitan
--> sampai ke suatu tahap, kena paksa diri buat ibadah .... nak tunggu 'ikhlas'... takut-takut tak sempat... orang lain terlebih dahulu mengikhlaskan diri untuk membawa jenazah kita ke kuburan....

Santapan jiwa

Firman Allah Ta'ala

"Wahai orang yang beriman ! ingatlah Allah sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kamu kepadanya pagi dan petang."

Ah Ahzab 41-42

Muhasabah

 Kita hanya berani memarahi orang yang kita rasa lebih kecil dari kita. Siapa kita untuk merasa begitu terhadap sesiapa. Mereka yang tidak menyayangi diri sendiri tak akan menyayangi orang lain dan mereka yang marah pada diri sendiri akan senang marah pada orang lain.

Muhasabah

Hidup ini tenang apabila kita kawal apa kita nak fikir, rasa dan buat, dan jangan dipengaruhi faktor sekeliling fokus pada menuju Allah, cari redha Allah , minta kasih sayang Allah dan sentiasa usaha mengenal Allah.

Monday 5 December 2011

Sekilas

Rasulullah SAW. bersabda, "Sesungguhnya sedekah itu akan memadamkan kemarahan Allah dan menghindarkan dari su’ul khotimah (kesudahan buruk ketika mati).” (HR at-Tirmizi)

Sekilas

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud; "Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah SWT." (Riwayat Muslim)

Sekilas

Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan, apabila berselera maka Baginda akan makan, jika tidak Baginda tinggalkan." - Muttafaq Alaih; Bukhari (5409), Muslim (2064)

Sunday 4 December 2011

Sekilas

Jangan, Jangan Dan Jangan-Jangan...

Jangan, jangan dan jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Jangan -jangan tertidur.Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Jangan-jangan terbawa keluar najis,habis kotor seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan-jangan sumbing bibir kita.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan-jangan berkongsi makan dengan cik lipas dan cik tikus.

Jangan tidur selepas subuh.
Jangan-jangan rezeki kita di kebas orang.

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan-jangan yang kenyang nafsu semata-mata.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Jangan-jangan kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan-jangan kita dipandang tiga suku (tidak siuman)

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan-jangan kita ternampak 'sesuatu'.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa
dansesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan-jangan tidak sedar diri bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan-jangan sakit jiwa.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan-jangan fatamorgana sahaja.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan-jangan tiada nikmat rezeki untuk kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik.
Jangan-jangan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan-jangan doa yang tak elok mereka pada kita termakbul pula.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan-jangan kita buta mata hati, tak nampak hakikat yang nyata.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya

Jika Ada Salah Dan Silap.. Sila Lah Tegur.. Dan Maafkan Kami Jika Ada Salah Dan Silap.

renung2kan

KESILAPAN adalah GURU untuk kita PELAJARI …
KESILAPAN adalah CERMIN untuk kita PERHATI …
KESILAPAN adalah MUSUH untuk kita JAUHI …
KESILAPAN adalah MIMPI untuk kita RENUNGI …
KESILAPAN adalah KESESATAN untuk kita TIDAK ULANGI …
dan
Dengan KESILAPAN kita belajar erti KEJAYAAN,
Dengan KESILAPAN kita belajar erti KESABARAN,
Dengan KESILAPAN kita belajar erti KECEKALAN,
Dengan KESILAPAN kita belajar erti KEBENARAN,
Dengan KESILAPAN kita belajar erti KEBERANIAN,
Dengan KESILAPAN kita belajar erti SEBUAH KEHIDUPAN.

Thursday 1 December 2011

Kelebihan 10 Muharram

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura' IAITU PADA HARI RABU 7 JANUARI 2009 . Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN PUASA ASYURA'

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Semoga dengan sedikit info ini akan mengerakkan lagi hati kita untuk terus beramal kepadaNya walaupun di keadaan yang sibuk dengan sebarang urusan sekalipun... Wallahu A'lam...
" Ballighu anni walau ayah ", maksudnya: sampaikanlah kepadaku walau satu ayat...(sayyidina Ali r.a). Sebarkan. Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura' IAITU PADA HARI RABU 7 JANUARI 2009 . Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

" Ballighu anni walau ayah ", maksudnya: sampaikanlah kepadaku walau satu ayat...(sayyidina Ali r.a). Sebarkan.